Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan

6 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2025, telah berlangsung sebuah webinar bertajuk Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan: Strategi Pemasaran Digital dan Asas Komunikasi Visual secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini diadakan dalam dua sesi iaitu pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan bersambung semula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Webinar ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada usahawan tentang strategi pemasaran digital yang berkesan serta asas komunikasi visual dalam konteks perniagaan moden.

Sepanjang sesi pagi, usahawan didedahkan dengan konsep, teknik, dan platform utama dalam pemasaran digital, termasuk kaedah membina jenama, penggunaan media sosial secara optimum, dan analisis keberkesanan kempen pemasaran. Pada sesi petang pula, fokus diberikan kepada asas komunikasi visual, merangkumi prinsip reka bentuk, pemilihan warna, tip penataan grafik, dan cara menghasilkan bahan visual yang mampu menarik perhatian sasaran audiens. Webinar ini memberi peluang kepada usahawan untuk memperoleh ilmu praktikal yang boleh diaplikasikan terus dalam aktiviti perniagaan atau kerja harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali